Followers

Wednesday, January 18, 2012

Titipan di malam hari. . . .

Assalamualaikum,slamat mlm..today is 18.1 at night.

dengar2 lagu slow mode ni akif rasa mcm nak update story dlm blog akif..mlm ni akif betul2 rasa sunyi dan kehilangan(hehe jiwang ah plak disitu)tapi nak buat mcm mana..itu la yg akif rsa...agaknya dah lama sangat akip sendiri membawa hati yg terluka ini...huhu...teringat segala janji2..kata2 hanya takat dicipta bibir kreatif seorang insan..mcm2 lah,semuanya indah..tapi itu dulu..skrg ni keadaannya terlalu complicated..beliau dgn haluan beliau dan begitu juga akif disini..mungkin sudah tertulis dan itu pasti terjadi..ho! jatuh cinta best...tapi putus cinta "sangat best" hahaha...the moral of the story,think wisely before u make a promises...by the way,akif ada dapat cousin baru tau...nama dia siti aishah..hehe,nak tengok? haa..ni lah dia...kecik aje..2.5kg kot ;)



humm...excited aku mcm anak aku pulak..hahahaa...Congratulation to cik sahar dan cik Nur..hooray ;)

yang bawah ni pulak pada akif the sweetest pic ive ever had...he's always the carming person to me,like an apple to my eyes! hehehe...ijat syahmil...i miss him so much baby bot bot ;P


at the bottom of this was my mom...ohhh...i love to tease her,so what...;P yes,after my "love story" sudah terhenti..my relationship to her much closer..now i know how important my family is to me..before this ive just denying all of them...i dont know why..maybe because i felt that i'm the one who is always right..the words of NO MAK,ITS OK..NO MAK ,I KNOW WHAT I DO,I'M NOT A KID ANYMORE..always spoke-out from my lips..now i know shes my angel forever and ever,my guidance when i was wrong,when i do mistaking-step..so,dalam bahasa mudah nya back to basic dan aku kembali kepada keluarga..miss u mak ..hehehe ;)

Monday, January 16, 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita


tadi akif surf satu blog...akif jumpa satu artikel ni yang pada akif sangat menarik utk kita baca dan fahami...so,akif rasa nak titipkan dalam blog akif ni sikit utk dikongsi dgn kawan2.hehe...jom lah baca ,kenali pasangan anda sekarang ;)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

The cure for all ills and wrongs, the cares, the sorrows and the crimes of humanity, all lie in the one word ‘love.’ It is the divine vitality that everywhere produces and restores life.apa pun,kita hanya merancang,Allah tu yg menentukan...semoga berjaya ;D

Tuesday, January 10, 2012

Pasta mudah .(Beginner)






this recipe actually akif tak sengaja je buat...waktu tu akif lapar sangat,bukak refridge ada daging burger..bukak tudung saji,mak tak masak sbb pi keja awal hari tu..what the heck! ni betul2 darurat! hahaha...so,after the pemerhatian yg ala kad(ala kadar) aje...akif terus kumpul bahan..

1 sudu minyak(menumis)
pasta (u guys also boleh guna macaroni)
daging burger ramlee(ayam)/original meat also cann..:P
pepper,garam,oregano whole,oregano ground
bawang putih.(goreng) kalau tak suka takyah letak...haha

cara2.
1.boil the pasta,remeber to put the Garam in the boiling water.it will give a lil saltiness to the Pasta and to make it tender.let it boil and sit for couple of minutes though.
2.ambil burger tu,korang hancurkan,Mix them with the bahan2 (OREGANO GROUND AND WHOLE,SALT,PEPPER) mix them all together.pastu biar kejap in the bowl,biar kan daging tu sebati dgn rasa..kalau boleh wrap dengan plastic wrap food tu..huhu.
3.u can shape the meat whether its round or flat..and goreng the daging,i love to use the flat-pan(mcm kuali nak goreng daging tu la) THE MORE FLATTEN U KNOCKED THE DAGING,THE FAST PERIOD TO ITS COOK!also kalau bulat u boleh deep frying..to ensure that the daging fully cooked.
4.after all done,letak pasta tu dalam pinnggan,taruk daunbawang ke sup ke,taruk olive oil sikit..perah limau kasturi tu..put the daging on top..and were done.

* u guys mesti tertanya2 kan..mana kuahnya? kalau nak letak prego tu pun boleh apa salahnya..tapi yg ni akif masak cara yg paling mudah utk begginer yg langsung tak reti masak tu...hahaha.selamat menjamu selera ok!