

apa kata kita buat suatu yg eksotik,hahaha...try buat chilled oreo cheese cake ni, resepi mudah dan sedap, masa menyediakannya tak sampai 1/2 jam dan tak perlu dibakar dalam oven. Terima kasih pada lina atas resepinya..dan kawan-kawan nak mencuba resepi cheese cake silalah ;)
Bahan-bahan ;
1. 1 bungkus biskut orea ( buang bahagian creamnya & tinggalkan 4-5 keping untuk bahagian atasnya)
2. 50grm butter
3. 250grm cream cheese
4. 150grm gula castor
5. 200ml whipping cream
6. 1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon
7. 1 1/2 sudu besar gelatin *
8. 1/2 cawan air panas*
Cara-cara membuatnya ;-
* Untuk bahagian dasarnya ; Kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya)
* Panas / Cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo
* Padatkan di bahagian dasar loyang, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer (saya guna loyang bersaiz 7 'inci lebar dan boleh dibuka bahagian bawahnya)
* Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan
* Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu
* Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim
* Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi
* Patah2kan @ kisar halus baki biskut yang tinggal masukkan ke dalam loyang
* Baki biskut yang telah dikisar tadi boleh juga ditaburkan di bahagian atas kek, selepas 2 jam dimasukkan di dlm peti sejuk.( tapi saya tidak letakkan)
* Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam
* Bila dah sejuk ..potonglah dengan pisau yg telah dicelupkan dgn air suam..